Jadi Sahabat Sahaja, Tak Perlu Bercouple...
Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman,
maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata.
Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika
melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan
meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan
selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu
kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan
ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah,
mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah
berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah,
dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa
simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep
sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita
apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu
gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana
kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf
yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita
sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita.
Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar
orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya
sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat
dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan
berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat
kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan
lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia.
Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif.
Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan
dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain
dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar
membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak
memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan
asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur
walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang
seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang
rasa sayang kerana rasa bosan.
Hubungan persahabatan dibina
atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan
terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang
bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian
mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada
masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan
tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar.
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah..
(Sumber : ( بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم)
No comments:
Post a Comment